Jepun Tidak Akan Berkompromi Dengan AS Mengenai isu-Isu Perdagangan : Nikkei

45

Menteri Kewangan Jepun, Taro Aso memberitahu akhbar harian perniagaan Nikkei dalam satu wawancara bahawa Jepun tidak akan berkompromi mengenai isu-isu seperti tarif perladangan di dalam rundingan dua hala dengan Amerika Syarikat seperti yang berlaku di dalam perjanjian Trans-Pasifik (TPP).

Washington juga dikatakan inginkan keputusan “dalam masa terdekat” di dalam dialog ekonomi yang akan berlangsung bulan ini diantara Jepun dan AS.

Menurut Aso, jika Jepun mahu menjalankan rundingan dua hala dengan Amerika Syarikat, Jepun tidak seharusnya berkompromi. Beliau juga menyifatkan bahawa AS perlu memahami bahawa sebarang perjanjian perdagangan bebas akan mempunyai terma yang agak sukar.

Pada bulan Januari lalu, Presiden Donald Trump mengeluarkan Amerika Syarikat daripada penyertaan 12 negara di bawah perjanjian TPP dan menegaskan bahawa Washington akan meneruskan rundingan perdagangan dua hala.

Washington juga dijangka hanya akan membuat keputusan mengenai rundingan perdagangan ini ketika mengadakan pilihanraya separuh penggal pada tahun 2018 nanti.

Selepas pengeluaran AS, Jepun, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru dan Singapura serta Vietnam masih mendaftar untuk meneruskan TPP walaupun sebahagian daripada mereka masih belum memberi sebarang pengesahan.

TPP memerlukan pengesahan sekurang-kurangnya enam negara anggota bagi mencapai jumlah keseluruhan 85 peratus hasil gabungan keluaran dalam negara kasar.

Sebahagian kriteria juga tidak dapat dipenuhi tanpa AS, justeru baki 11 buah negara lain perlu melakukan pengubahsuaian terma sekiranya mereka masih mahu meneruskan TPP.

Logam Berharga Kembali Bertenaga!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat