Logam Berharga Kembali Bertenaga!

48

Harga emas meningkat semula dalam sesi Asia pada Jumaat selepas Presiden Donald Trump mengeluarkan komen tentang keperluan Arab Saudi untuk membayar jumlah yang lebih tinggi terhadap kos perlindungan ketenteraan dan prospek peperangan dengan Korea Utara.

Emas bagi penghantaran Jun di bahagian Comex meningkat sebanyak 0.02 peratus kepada $1,266.11 satu troy ounce.

Semalam, harga emas diniagakan stabil pada Khamis berikutan keyakinan pelabur yang mengatakan bahawa pelan pembaharuan cukai Presiden Donald Trump akan meningkatkan US Dollar sambil mengimbangi kelemahan data ekonomi.

Harga emas bergelut bagi mendapatkan keuntungan meskipun data tuntutan pengangguran dan durable goods orders dari AS dilapor agak mengecewakan.

Menurut Jabatan tenaga Kerja semalam, tuntutan awal faedah pengangguran meningkat sebanyak 14,000 kepada 257,000 individu bagi minggu berakhir 2 April.

Sementara itu, durable goods orders dari AS meningkat sebanyak 0.7 peratus bagi bulan Mac, jauh dibawah jangkaan peningkatan sebanyak 1.2 peratus.

Harga emas telah merosot sedikit selepas mencapai tahap tertinggi dalam tempoh lima bulan pada pertengahan bulan April sebanyak $1,297.40 berikutan jangkaan bahawa pelan pembaharuan cukai Trump bakal mengukuhkan US Dollar.

Ulasan Penting dan Sentimen Semasa Bagi Matawang Utama Sesi Asia Pagi Ini

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat