Jepun Tidak Akan Melaksanakan Sebarang Dasar untuk Mempengaruhi Matawang

47

Gabenor Bank of Japan, Haruhiko Kuroda berkata pada hari Rabu bahawa bank pusat berkenaan tidak akan melaksanakan sebarang dasar untuk mempengaruhi pasaran matawang.

Kuroda yang menyampaikan ucapan kepada jawatankuasa fiskal dan hal ehwal kewangan, berkata bahawa BoJ telah pun menggunakan dasar pelonggaran kuantitatif bagi mencapai sasaran inflasi sebanyak 2 peratus.

Gabenor tersebut turut memaklumkan bahawa unjuran harga bukan ditetapkan berdasarkan jangkaan pergerakan matawang akan datang.

Selain itu, Kuroda turut memaklumkan bahawa kelemahan Yen sebenarnya berpotensi untuk meningkatkan harga untuk mendekati sasaran inflasi sebanyak 2 peratus.

Ini Faktor yang Mendorong Kenaikan Harga Minyak Global Hari Ini!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat