Ini Faktor yang Mendorong Kenaikan Harga Minyak Global Hari Ini!

451

Harga komoditi hitam turut mencatatkan peningkatan pada Rabu apabila Arab Saudi dikatakan sedang dalam usaha untuk melobi pengeluar lain bagi melanjutkan perjanjian minyak mentah melebihi separuh pertama 2017.

Brent mentah yang menjadi penanda aras antarabangsa juga meningkat sebanyak 17 sen atau 0.3 peratus daripada dagangan sebelum ini iaitu nilai tertinggi sejak awal Mac.

Dalam sesi ini, WTI mentah mencatat peningkatan sehingga 16 sen atau 0.3 peratus kepada $53.56 setong, iaitu bacaan tertinggi sejak awal bulan lepas.

Arab Saudi yang juga pengeluar utama OPEC dilaporkan memberitahu hasrat mereka kepada pengeluar minyak mentah bagi melanjutkan perjanjian untuk mengurangkan pengeluaran melebihi separuh pertama tahun 2017.

OPEC dan beberapa pengeluar utama yang lain termasuk Russia telah mematerai perjanjian untuk mengekang kebanjiran output di dalam pasaran demi menyokong pengukuhan harga.

Walaupun sesetengah negara didapati tidak begitu bersungguh-sungguh, usaha yang ditunjukkan oleh Arab Saudi telah memberi kesan yang ketara terhadap perjanjian ini. Menurut penganalisis pasaran minyak di Oanda Sinagpura, Jeffrey Halley, komitmen Arab Saudi yang mendahului pengeluar lain di dalam perjanjian ini telah memberi banyak rangsangan kepada pasaran.

Namun begitu, masih terdapat kebimbangan terhadap pasaran minyak mentah yang dijangka akan kekal melonjak terutamanya dengan peningkatan inventori daripada Amerika Syarikat.

Sejak pertengahan 2016, pengeluaran minyak mentah di AS telah meningkat sebanyak 9.2 juta tong sehari, sekali gus menyebabkan peningkatan inventori kepada rekod baru sebanyak 535.5 juta tong.

Data pengeluaran dan inventori minyak mentah terkini akan dikeluarkan oleh Pentadbiran Maklumat tenaga AS (EIA) pada Rabu.

Ketidaktentuan Pasaran Memberi Manfaat Berganda Kepada Emas!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat