Ketidaktentuan Pasaran Memberi Manfaat Berganda Kepada Emas!

38

Harga emas kekal pada paras tertinggi ke paras tertinggi pada bulan November dalam perdagangan Asia pada Rabu berikutan peningkatan risiko geopolitik yang melibatkan Korea Utara dan Amerika Syarikat.

Trump sebelum ini memberi amaran di dalam satu Tweet bahawa beliau bersedia untuk menyelesaikan masalah peluru berpandu dan ujian nuklear Korea Utara secara bersendirian sekiranya China gagal untuk menghulurkan kerjasama.

Emas bagi penghantaran Jun di bahagian Comex New York Merchantile Exchange meningkat sebanyak 0.38 peratus kepada $1,279.05 satu troy ounce.

Semalam, harga emas diniagakan lebih tinggi pada Selasa apabila kebanyakan pelabur melarikan diri daripada asset berisiko dan mencari perlindungan kepada asset lain seperti emas gara-gara ketegangan geopolitik selepas AS berpotensi untuk mengambil tindakan ketenteraan terhadap Korea Utara.

AS juga memutuskan untuk menggerakkan kumpulan ketenteraan laut ke semenanjung Korea berikutan ujian peluru berpandu yang masih diteruskan oleh Korea Utara.

Hubungan AS-Russia juga berada di dalam tekanan selepas Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson menyampaikan mesej kecaman kepada Russia kerana menyokong Presiden Syria Bashar al-Assad.

Di tempat lain, ketidakpastian mengenai keputusan pertama pilihanraya presiden Perancis pada 23 April juga meningkatkan permintaan bagi logam kuning.

Krisis Korea Utara : US Dollar Melemah, Permintaan Asset Safe-Haven Melonjak

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat