Krisis Korea Utara : US Dollar Melemah, Permintaan Asset Safe-Haven Melonjak

57

Yen melonjak sedikit pada awal sesi Asia memandangkan kebanyakan pelabur beralih kepada matawang safe-haven gara-gara ketegangan yang semakin memuncak terhadap isu Korea Utara.

Di Jepun, data tempahan jentera teras melonjak sebanyak 5.6 peratus pada bulan Februari. Bagi bacaan bulan ke bulan, data tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 1.5 peratus berbanding jangkaan sebanyak 3.7 peratus. Dalam masa yang sama, laporan harga pengeluar di Jepun menunjukkan peningkatan sebanyak 1.4 peratus bagi bulan Mac.

Dalam sesi ini, USD/JPY didagang tidak banyak berubah pada 109.62 manakala AUD/USD melonjak sebanyak 0.07 peratus.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding matawang utama yang lain kali terakhir dinilai menjunam sebanyak 0.31 peratus kepada 100.63.

Semalam, US Dollar merosot apabila sentimen terhadap isu Korea Utara masih memengaruhi pasaran.

Trump juga dalam satu Tweet pada Selasa mengatakan bahawa Korea Utara sengaja mencari masalah dan memberi isyarat bahawa AS akan menyelesaikan isu nuklear itu sendiri jika China enggan bekerjasama.

Sumber : Twitter

Morgan Stanley dalam analisis trend jangka pendek juga meletakkan jangkaan kemerosotan buat US Dollar namun masih beranggapan bahawa momentum matawang tersebut boleh berubah pada bila-bila masa memandangkan sentimen di sana semakin pulih baru-baru ini.

Korea Utara Ancam Serangan Nuklear Ke Atas Amerika Syarikat

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat