Korea Utara Ancam Serangan Nuklear Ke Atas Amerika Syarikat

150

Korea Utara memberi amaran pada Selasa akan melancarkan serangan nuklear ke atas Amerika Syarikat jika terdapat isyarat tindakan kekerasan dari AS. Ketika ini kumpulan penyerang tentera laut AS sedang menuju ke arah barat Pasifik.

Presiden Trump telah meminta China untuk menyumbang lebih usaha bagi membendung Korea Utara.

Ketegangan semakin memuncak di semenanjung Korea berikutan kebimbangan ujian keenam peluru berpandu nuklear oleh Korea Utara. Sebelum ini pihak Washington mengatakan pada minggu lalu bahawa telah mengarahkan kumpulan penyerang Carl Vinson tentera laut AS menuju ke semenanjung Korea dari pelabuhan Australia.

Pihak AS mengatakan telah mengambilkira semua pilihan yang ada termasuk ‘tindakan ketenteraan’ kepada Korea Utara dan sepatutnya serangan ke atas Syria minggu lalu menjadi satu amaran kepada Pyongyang.

Media Pyongyang juga melaporkan sedang bersedia untuk bertindak balas terhadap sebarang serangan Amerika Syarikat.

“Ketenteraan revolusi kami sedang memerhatikan setiap pergerakan musuh dengan nuklear kami sedang berfokus kepada pangkalan tentera AS di Korea Selatan, operasi mereka di Pasifik dan tidak lupa juga di negara mereka” kata laporan media tersebut.

Presiden Donald Trump dalam kenyataannya di Twitter pada Selasa menyatakan bahawa beliau Presiden China Xi Jinping maklum mereka akan mendapat perjanjian perdagangan yang lebih baik dengan Washington jika mereka membantu Amerika Syarikat menyelesaikan masalah Korea Utara.

“Saya telah menjelaskan kepada Presiden China bahawa perjanjian perdagangan China dan AS akan menjadi lebih baik jika mereka turut menyelesaikan masalah Korea Utara!” tulisnya di Twitter.

“Korea Utara memang cari nahas. Jika China mahu menolong kami, ia adalah baik. Jika tidak, kami akan menyelesaikan masalah ini tanpa mereka!” tambahnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat