Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe berkata semalam bahawa Kesatuan Eropah dan Jepun perlu mencapai satu perjanjian ekonomi dan menekankan kepentingan perdagangan bebas dalam masa yang terdekat.
Abe berkata demikian di dalam pembukaan pameran teknologi CeBIT di Hanover, Utara Jerman.
Dalam kenyataan yang sama, Abe juga sempat menambah bahawa Jepun telah memperoleh manfaat yang banyak daripada pelaburan bebas.
Justeru, kini Jepun mahu menyambung kerjasama dan memperjuangkan sistem terbuka bersama-sama dengan Jerman.