Setelah Mendapat Kecaman Dunia, AS Mula Berdolak Dalih!

57

Amerika Syarikat komited untuk memperjuangkan perdagangan bebas namun mahu mengkaji semula beberapa tawaran perdagangan dan membetulkan tindakan beberapa negara yang dianggap keterlaluan. Kenyataan ini disuarakan oleh Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin pada Sabtu apabila ketua-ketua kewangan G20 memberikan ringkasan terdahulu terhadap komitmen perdagangan.

Dalam pertembungan terbesar diantara pentadbiran AS dan ketua-ketua kewangan G20 tersebut, mereka bersepakat untuk menolak perlindungan perniagaan disamping mengekalkan sistem perdagangan global yang terbuka dan inklusif.

Menurut Mnuchin, AS menyokong perdagangan bebas, malahan AS merupakan pasaran dan rakan dagangan yang terbesar di dunia. Selama ini, perdagangan bukan sahaja mendatangkan manfaat buat kita, malahan untuk orang lain.

Dalam kenyataan tersebut, beliau juga menyifatkan bahawa beliau faham dengan kehendak presiden yang berkumpul serta dasar-dasar yang diperjuangkan.

Namun begitu, AS mahu mengkaji semula perjanjian tertentu termasuklah perjanjian NAFTA dan beberapa peraturan WTO yang perlu diubahsuai agar menjadi lebih baik kerana menganggap terdapat beberapa peraturan yang telah ketinggalan.

Disamping itu, AS juga sedang mengkaji semula peraturan kewangan serta memberikan sokongan terhadap Basel ii iaitu satu percubaan untuk mengawal pemberi pinjaman global.

Adakah Kenaikan Emas Sesi Ini Bersifat Sementara?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat