Adakah Kenaikan Emas Sesi Ini Bersifat Sementara?

46

Harga emas naik sedikit dalam sesi Asia pada Isnin sambil menanti beberapa komen dari penggubal dasar Fed minggu ini.

Emas di Comex meningkat sebanyak 0.02 peratus kepada $1,230.40 satu troy ounce. Selain itu, komoditi copper kali terakhir dinilai pada $2.680 sepound sementara perbincangan terhadap isu perundangan dan penggajian di lombong utama Chile dan Indonesia masih diteruskan.

Pasaran minggu ini menanti ucapan daripada Fed termasuklah Janet Yellen bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai prospek kenaikan kadar pada masa akan datang. Di samping itu data yang bakal menjadi tumpuan pada minggu ini termasuklah data inflasi UK dan tinjauan terhadap aktiviti perniagaan Zon Euro.

Minggu lepas, harga emas mencatatkan peningkatan pada Jumaat apabila jangkaan kadar yang lebih perlahan dari AS terus memberi tekanan kepada US Dollar.

Logam berharga amat sensitif terhadap pergerakan kadar kerana ia berupaya mengubah kos untuk memiliki emas. Kenaikan kadar secara beransur-ansur dilihat sebagai salah satu langkah yang kurang memberi ancaman buat emas daripada peningkatan yang lebih mendadak.

Harga Minyak Mentah Jatuh Gara-Gara Peningkatan Jumlah Pelantar Minyak di AS

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat