Jepun Umum Pakej Rangsangan Baharu Bernilai $708 Bilion

287

Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga hari ini mengumumkan Jepun akan menyusun satu pakej rangsangan ekonomi tambahan, lapor agensi berita Xinhua.

Pakej rangsangan baharu itu akan meliputi perbelanjaan fiskal dan inisiatif yang menyasarkan pengurangan pelepasan karbon serta meningkatkan teknologi digital bernilai 40 trilion yen.

“Kami akan mempertahankan pekerjaan, meneruskan perniagaan, menghidupkan kembali ekonomi dan membuka jalan menuju pertumbuhan termasuk melalui teknologi hijau dan digital,” kata Suga pada mesyuarat kerajaan dan parti pemerintah.

Bernama melaporkan, pakej bernilai AS$708 bilion itu disusun bertujuan untuk membantu mengurangkan kesan negatif terhadap ekonomi akibat COVID-19.

Kabinet dijangka meluluskan pakej rangsangan itu dalam waktu terdekat.

Terdahulu, dua pakej rangsangan yang diumumkan tahun ini berjumlah AS$2.2 trilion dilaksanakan bagi mengurangkan beban isi rumah dan perniagaan daripada kesan pandemik.

Jepun yang merupakan negara ekonomi ketiga terbesar dunia, pulih semula pada Julai-September daripada penguncupan terburuknya pada suku kedua tahun ini meskipun penganalisis menjangkakan gelombang ketiga jangkitan Covid-19 akan merencatkan pemulihan ekonomi.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat