Jerman Kini Benarkan Institusi Pelaburan Melabur 20% Di Dalam Kripto!

363

Jerman pertama kalinya akan membenarkan beberapa institusi pelaburan untuk melabur di dalam aset kripto.

Undang-undang yang berkuatkuasa pada Isnin akan membolehkan Spezialfonds membuat pelaburan sehingga 20% ke dalam Bitcoin (BTC) dan aset kripto yang lain berdasarkan peraturan pelaburan tetap.

Spezialfonds merujuk kepada kenderaan pilihan institusi Jerman bagi kebanyakan kelas aset cair dan untuk hartanah dalam struktur yang berbeza. Dikatakan dana tersebut buat masa sekarang menguruskan sekitar $2.1 trilion.

Bagaimanapun, menurut pakar aset kripto di BVI, Tim Kreutzmann, kebanyakkan pelaburan pada awalnya akan kekal di bawah paras 20%:

“Dari satu pihak pelabur institusi seperti syarikat insurans, mereka berhadapan dengan syarat peraturan yang ketat untuk strategi pelaburan mereka. Manakala dari sisi yang lain, mereka juga mahu melabur di dalam kripto.”

Seperti penasihat perkhidmatan kewangan di Oliver Wyman LLC, Kamil Kaczmarski ramalkan, institusi ini akan mulakan pelaburan matawang kripto pada paras yang terendah memandangkan kebanyakan daripada mereka tidak mahukan sebarang perubahan sekurang-kurangnya dalam 5 tahun.

Pengurus aset Deutsche Bank AG, DWS Group buat masa sekarang sedang memantau perkembangan dan pada masa yang sama tidak rancang untuk menawarkan dana yang membeli kripto.

Sementara itu, DekaBank dalam pertimbangan untuk melabur di dalam matawang digital. Namun pihak mereka masih belum membuat sebarang keputusan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat