Jerman Melaporkan Lebihan Dagangan Yang Lebih Tinggi Pada Bulan Ogos

83

Eksport Jerman mengatasi hasil import pada bulan Ogos, dengan perbezaan lebihan dagangan yang lebih ketara, menjadi bukti kepada pertumbuhan ekonomi terbesar kesatuan Eropah meningkat tinggi pada suku tahun ketiga.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Negara Jerman, bacaan eksport mengikut perubahan musim meningkat sebanyak 3.1 peratus pada bulan Ogos, manakala hasil import pula naik 1.2 peratus. Hasil Eksport menunjukkan bacaan tertinggi sejak 12 bulan lalu.

Kedua-dua bacaan import dan ekspot menunjukkan peningkatan diluar jangkaan. Penganalisis hanya menjangkakan peningkatan sebanyak 1.0 peratus terhadap hasil eksport dan 0.5 peratus pada import.

Lebihan dagangan yang dilaporkan mengikut musim naik sebanyak €21.6 billion  berbanding lebihan €19.3 billion pada bulan Julai. Angka ini juga berada diluar jangkaan ahli ekonomi yang menganggarkan lebihan sebanyak €19.8 billion

Lebihan akaun semasa Jerman yang mengukur aliran barangan, perkhidmatan dan pelaburan jatuh kepada  €17.8 billion selepas bacaan bulan Julai yang dikaji semula naik sebanyak €19.6 billion.

Hasil eksport yang lebih tinggi menunjukkan pertumbuhan GDP yang lebih kukuh di masa hadapan. Matawang Euro mengekalkan pengukuhan berbanding matawang utama lain kecuali Aussie selepas data di keluarkan.

Pasangan matawang EUR/USD berada di paras 1.1770, naik 0.26% pada jam 3.22 petang, manakala EUR/GBP pula naik 0.08% kepada 0.8940.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat