Jerman Menyediakan Jutaan Sumber Pekerjaan Kepada Ekonomi Zon-Eropah

38

Ramai yang mengkritik lebihan (surplus) dagangan Jerman melemahkan Eropah, ia bertentangan dengan kajian yang dibuat di Switzerland bahawa ekonomi Jerman adalah sumber jutaan pekerjaan bagi negara-negara jirannya.

Kajian yang dibuat oleh Bavarian Industry Association (VBW) mendapati Jerman menyediakan 4.8 juta pekerjaan kepada negara-negara Eropah yang lain.

“Kajian kami menunjukkan kekompetitifan ekonomi Jerman tidak melemahkan negra-negara jiran yang lain,” kata ketua VBW Bertram Brossardt dalam kenyataannya.

Kajian ini dibuat oleh VBW bagi menangkis kritikan bahawa kekompetitifan Jerman dalam eksport adalah tidak baik untuk Eropah. Kajian juga menunjukkan jiran terdekat seperti Belanda, Perancis dan Belgium mendapat faedah paling banyak disebabkan permintaan buruh oleh Jerman.

Sememangnya Jerman adalah ekonomi terbesar Eropah yang mewakili satu per tiga GDP (KDNK) Zon-Eropah.

Kekuatan eksport dan pelaburan telah memandu Jerman mencatat pertumbuhan ekonomi 0.6%. Awal bulan ini, Zon Eropah mencatat pertumbuhan ekonomi 0.5% pada suku pertama yang tertinggi sejak dua tahun lalu.

Sebelum ini Presiden Trump juga mengkritik Jerman yang mengekspoitasi matawang euro dalam perdagangannya, menuduh Berlin menggunakan matawang euro yang terkurang nilai untuk mendapat faedah perdagangan yang lebih banyak.

Matawang Euro jatuh ke paras terendah 13 tahun lalu berbanding US dolar selepas pilihanraya presiden US tahun lalu. Kini euro mengukuh semula dan meningkat nilai sebanyak 7.5% sejak 1 Januari tahun ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat