Jika Biden Menang, Rakyat Amerika Kena Belajar Bahasa Cina – Trump

540

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump meramalkan China akan merampas ‘takhta’ AS sebagai kuasa dunia global serta rakyat Amerika akan dipaksa belajar bahasa Mandarin sekiranya Joe Biden memenangi pilihan raya kelak.

Tegas Trump ketika ditemuramah oleh pengacara radio, Hugh Hewitt baru-baru ini sebagai berkata , beliau perlu memenangi pilihan raya sekiranya tidak mahu China ‘memiliki’ AS.

Trump secara angkuhnya berkata, beliau berjaya membuatkan China mengalami krisis ekonomi terburuk dalam tempoh 67 tahun selepas beliau mengenakan tarif terhadap Beijing.

Ujar Trump, beliau berjaya mengaut berbilion dolar daripada China dan memberikan sebahagian daripada pendapatan itu kepada golongan petani kerana mereka dijadikan sasaran oleh Beijing dan selebihnya disimpan dalam Perbendaharaan AS.

Kenyataan Trump itu yang terbaharu melibatkan perang mulut dengan pencabarnya, Joe Biden menjelang pilihan raya pada November ini.

Dalam perkembangan sama, penasihat keselamatan nasiobal, Robert O’Brien baru-baru ini mendakwa China cuba menggodam infrastruktur pilihan raya AS untuk membantu Biden memenangi pilihan raya.

Bagaimanapun, menurut laporan Wall Street Journal memetik sumber yang mahir mengenai aktiviti penggodaman ini, AS tidak mempunyai bukti yang menunjukkan Beijing cuba untuk menggodam sistem berkaitan pilihan raya.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat