Jika Gas Rusia Ditutup Sepenuhnya, Habislah! – Ketua Suruhanjaya Eropah

710

Ketua Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen memberi amaran pada hari Rabu bahawa Kesatuan Eropah (EU) perlu membuat rancangan kecemasan untuk bersedia menghadapi pemotongan sepenuhnya gas dari Rusia.

Walaupun blok itu telah pun mengenakan sekatan ke atas Rusia, tetapi von der Leyen berkata blok itu perlu bersedia untuk berdepan gangguan kejutan yang datang dari Moscow.

Beliau berkata beberapa ahli EU telah pun terjejas akibat pengurangan atau penutupan penuh bekalan gas ketika ketegangannya dengan Rusia semakin meningkat.

Von der Leyen turut mendakwa bahawa Presiden Vladimir Putin menggunakan tenaga sebagai senjata untuk mengancam Eropah.

Negara-negara Kesatuan Eropah telah pun bersetuju pada bulan lepas bahawa semua simpanan gas asli dalam blok itu harus ditambah kepada kapasiti sekurang-kurangnya 80% untuk musim sejuk akan datang bagi mengelakkan kekurangan bekalan.

Peraturan baharu itu juga mengatakan simpanan gas bawah tanah di Eropah perlu diisi kepada kapasiti 90% sebelum musim sejuk 2023 sehingga 2024.

Sementara itu, purata import bulanan gas saluran paip Rusia menurun sebanyak 33% berbanding tahun lepas, kata von der Leyen sambil menggesa peralihan pantas ke arah sumber tenaga boleh diperbaharui.

Pada bulan lalu, Majlis EU bersetuju untuk meningkatkan bahagian tenaga boleh diperbaharui dalam campuran tenaga blok itu kepada sekurang-kurangnya 40% menjelang 2030 meningkat daripada sasaran sebelumnya sebanyak 32%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat