“Hmm pening kepala pelabur, ingatkan BTC nak naik rupanya perangkap je.”
Beberapa pakar mata wang kripto berpendapat keputusan penting dalam tuntutan undang-undang Grayscale dapat bertindak sebagai pencetus bagi undang-undang dan peraturan untuk kelulusan spot ETF di Amerika Syarikat (AS).
Terdahulu, penganalisis JP Morgan sungguh percaya Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) akan dipaksa meluluskan usul untuk membenarkan ETF BTC Grayscale menjadi spot ETF.
Bagaimanapun, pelabur kripto sehingga kini masih belum dapat melihat syarikat manakah yang akan merebut pemfailan untuk ETF, antara beberapa firma tersebut adalah BlackRock, ARK Invest, Fidelity dan Bitwise.
Namun, komuniti percaya kelulusan ETF dapat membawa masuk sejumlah besar dana baru ke dalam pasaran kripto susulan seorang pelabur Bitcoin (BTC) bernama Lark Davis menjangkakan $20 hingga $30 bilion akan dilaburkan dalam aset digital itu.
Hal ini kerana konsep ETF disokong oleh aset bukan kerajaan telah berjaya dilaksanakan di AS, di mana SPDR Gold Trust ETF (GLD) iaitu ETF disokong emas pada November 2004 dapat dilancarkan tanpa sebarang rintangan.
Sejurus selepas pelancaran tersebut, nilai emas meningkat secara berterusan selama bertahun-tahun, oleh itu harga BTC berkemungkinan melakukan pergerakan serupa setelah BTC ETF diluluskan.
Michael Saylor, pengasas MicroStrategy yang terus membeli aset digital tersebut untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai pemegang BTC institusi terbesar meramalkan BTC mampu naik 50% daripada harga semasanya jika perkara disebutkan itu menjadi kenyataan.
Setelah menembusi $28,130 pada 29 Ogos 2023, harga BTC tampaknya menjunam semula sebanyak 0.58% pada paras $25,803 dalam tempoh 24 jam lalu dan susut 1.24% sepanjang minggu lepas apabila SEC menangguhkan permohonan spot BTC ETF untuk tujuh firma.