Joe Biden Tak Mahu Tergesa-Gesa Dengan China

252

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden akan mengambil pendekatan ‘bersabar dan berstrategi’ dengan China ketika mengadakan rundingan di peringkat dalaman dan bersama sekutu mengenai cabaran yang semakin meningkat.

“Kita lihat sejak beberapa tahun ini, China semakin tegas di dalam negaranya dan lebih tegas di luar negara selain Beijing kini menjadi cabaran terhadap keselamatan, kemakmuran dan nilai kita dengan ketara dan memerlukan satu pendekatan baharu Amerika.

“Kita mahu menggunakan pendekatan ini dengan beberapa aspek ‘kesabaran strategik’,” kata Jurucakap Rumah Putih, Jen Psaki kepada pemberita seperti dilaporkan oleh Bernama.

Pentadbiran Biden kini sedang melakukan semakan antara jabatan mengenai dasar menyeluruh terhadap China, termasuk dagangan dan bidang komersial, selain berunding dengan Kongres serta sekutu asing mengenai kaedah terbaik untuk meneruskan hubungan.

Tambah Psaki, Biden akan menunggu semakan berkenaan selesai sebelum memutuskan kaedah terbaik untuk mengambil sebarang tindakan, tetapi menekankan, pendekatan beliau adalah ‘multilateral’.

“Biden komited menghalang pencabulan ekonomi China terhadap banyak bidang dan cara paling berkesan untuk melakukannya adalah dengan bekerja dengan sekutu serta rakan kongsi yang lain,” kata Psaki.

Pendekatan itu nyata amat berbeza dengan pentadbiran bekas Presiden Donald Trump yang sebelum ini sering bertelagah dengan Presiden Xi Jinping, bermula dengan isu dagangan dan kemudiannya berhubung cara Beijing mengendalikan wabak Covid-19.

Trump secara peribadi menyalahkan kerajaan China berhubung krisis kesihatan tersebut dan sering mengaitkan virus itu dengan China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat