“Mesti pelabur sedih kan, ye la BTC macam tak beri reaksi apa-apa pun.”
Reaksi pergerakan harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) sedikit menurun apabila data Indeks Harga Pengguna (CPI) yang dikeluarkan oleh Biro Statistik Buruh Amerika Syarikat (AS) semalam dilaporkan meningkat daripada jangkaan.
Inflasi utama untuk Ogos mencapai 3.7% berbanding 3.6% yang diramalkan tahun ke tahun manakala inflasi tahunan CPI terasnya pula yang tidak termasuk harga makanan dan tenaga telah mengalami kemerosotan pada 4.3% yang sejajar dengan jangkaannya.
Jadi di sini dapat dilihat bahawa lantunan harga yang lebih besar daripada jangkaan tersebut dapat memberi ruang kepada Federal Reserve (Fed) untuk lebih bertindak hawkish.
Oleh demikian, bank pusat AS semasa mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang dijadualkan pada minggu depan berkemungkinan boleh menaikkan kadar faedah lebih tinggi, tetapi perlu diketahui kenaikan mungkin tidak berlaku pada masa hadapan.
Memang tidak dinafikan BTC kini terus berlegar di atas $26,000, namun harganya mungkin akan turun tidak lama lagi susulan inflasi lebih tinggi membawa maksud permintaan lebih rendah untuk aset berisiko.
Meskipun begitu, tindak balas awal yang ditunjukkan oleh BTC adalah agak neutral dan mendatar kerana kebanyakan altcoin turut menunjukkan reaksi yang serupa sejurus selepas laporan data CPI dikeluarkan.
Namun jika keraguan pasaran semakin meningkat, BTC mampu mengalami terjunan sehingga $24,578 ataupun $21,468 tetapi sekiranya harganya dapat tembus $26,430 maka aset digital itu berupaya untuk canak lebih tinggi.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 1.21% pada paras $26,252 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $511 bilion seterusnya mencatatkan kenaikan 2.06% sepanjang minggu lepas.