Jongkang-Jongket Bursa Berterusan, Semalam Turun Hari Ini Naik

207

Bursa Malaysia memulakan dagangan pagi hari ini dengan mengembalikan keuntungan hasil dorongan minat belian terpilih pada kaunter produk dan perkhidmatan serta saham utiliti.

Ketika jam 9 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 7.66 mata pada 1,511.67 daripada penutupan Isnin pada 1,504.01.

Indeks dibuka kukuh 0.08 mata pada 1,504.09.

Di pasaran meluas, kaunter untung pada 238 mengatasi kaunter rugi pada 163, manakala 279 kaunter pula tidak berubah, 1,585 tidak didagangkan dan 6 digantung.

Jumlah perolehan pada 343.07 juta unit bernilai RM185.71 juta.

Nota Malacca Securities menyatakan KLCI mengundurkan kerugian semalam semasa sentimen kebimbangan mengenai pertumbuhan ekonomi China yang lemah mengaburi pasaran.

Tambahnya, pelabur mungkin mengurangkan pendedahan kepada saham tenaga ekoran harga minyak yang turun dan beralih ke kaunter amanah pelaburan pengguna, plastik dan hartanah menjelang musim pendapatan.

Selain itu, firma turut mengunjurkan saham teknologi diniagakan aktif berlatar belakangkan prestasi Wall Street.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank, Public Bank, Petronas Chemicals dan CIMB tambah 1 sen pada RM8.92, RM4.67, RM8.79 dan RM5.44 sementara IHH Healthcare Bhd capai 5 sen pada RM6.54.

Saham aktif memperlihatkan Green Packet Bhd capai 0.5 sen pada 5.5 sen, Top Glove Corp Bhd maju 3.5 sen pada 83 sen sementara Cnergenz Bhd susut 1.5 sen pada 75 sen dan Borneo Oil Bhd kekal pada 2.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas memacu 42.72 mata pada 10,703.26, indeks FBMT 100 melonjak  44.51 mata pada 10,450.28, indeks FBM Emas Shariah menambah 59.35 mata pada 10,828.89 dan FBM 70 meraih 20.15 mata pada 12,727.55 sementara FBM ACE mengurang 26.67 mata pada 4,932.79.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 20.79 mata pada 16,789.62, indeks Perladangan mengumpul 26.92 mata pada 7,188.48, indeks Tenaga menyusut 1.86 mata pada 655.56 dan indeks Produk dan Perkhidmatan meraih 0.55 mata pada 183.65.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat