JP Morgan Gugurkan Apple Dari Senarai Saham Utama! Ini Faktor Pelabur Perlu Tahu

1,388

‘Dah kalau asyik keluar smartphone design sama je, mana tak pengguna bosan dan tak nak beli.’

Penganalisis JP Morgan menggugurkan nama syarikat pembuat iPhone, Apple dan Qualcomm dari senarai saham yang paling disukai ekoran permintaan yang lembab terhadap peranti telefon pintar.

Pengguguran daripada ‘Senarai Fokus Penganalisis’ pembrokeran tersebut dibuat ketika penganalisis memberi amaran bahawa sekatan melibatkan koronavirus di China dan kenaikan kos barangan akibat konflik Ukraine akan menjejaskan permintaan terhadap telefon pintar pada 2022.

Menurut penganalisis Samik Chatterjee, pensederhanaan dalam perbelanjaan pengguna akan mengurangkan jangkaan yang lebih tinggi daripada pelancaran iPhone SE baru-baru ini manakala kelembapan dalam ekonomi di China boleh menjejaskan perkhidmatan Apple.

Tambahnya, Qualcomm juga berkemungkinan akan menanggung beban kelemahan dalam pasaran telefon pintar untuk telefon bimbit Android segmen spesifikasi rendah sehingga pertengahan.

Terang Chatterjee, terdapat banyak faktor menyumbang kepada kelemahan permintaan merentasi teknologi globa namun kelemahan makro yang meresap melalui sektor itu terus memberi kesan kepada pasaran pengguna akhir secara langsung.

Sementara itu, laporan akhbar Nikkei turut menyatakan Apple sudah merancang untuk menurunkan pengeluaran iPhone dan AirPod ekoran kelembapan permintaan.

Dalam pada itu, pembrokeran masih menilai Apple dan Qualcomm ‘bernilai’ iaitu setara dengan penarafan ‘beli’ berdasarkan potensi jangka panjang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat