JPMorgan Lancarkan Onyx Dan Matawang Digital, JPM Coin

184

JPMorgan telah melancarkan matawang digitalnya, JPM Coin pada minggu ini.

Dikatakan sejumlah syarikat teknologi antarabangsa telah menggunakan aset tersebut bagi pembayaran rentas sempadan. Namun, firma itu tidak mendedahkan maklumat lanjut berkenaan penggunanya.

Bank pusat Singapura, Monetary Authority of Singapore (MAS) salah satu daripadanya, dilaporkan menggunakan JPM Coin dalam menguji matawang digital bank pusat (CBDC).

Usaha JPMorgan dalam menerbitkan aset digital rupanya sejak daripada Februari tahun lepas, dan penubuhan Onyx yang dirangka sejak 2015 bertindak memayungi inisiatif blockchain dan matawang digital.

Onyx dilancarkan pada masa yang sama merupakan sebuah unit baru yang mana mereka menyasarkan perubahan baru terhadap sektor kewangan dengan mengekalkan komitmen JPMorgan terhadap inovasi sistem kewangan yang lebih inklusif.

Tindakan firma perbankan gergasi ini berpotensi membuka peluang kepada industri blockchain dan matawang kripto yang lebih luas ketika penyokong aset digital mula yakin dengan penggunaannya.

Sebelum ini juga pihak JPMorgan menyuarakan pandangan optimis terhadap Bitcoin (BTC), menganggap aset itu bakal melonjak lebih tinggi.

Saham firma itu pada hari ini menyaksikan penyusutan 1.9% ditutup pada $99.33 manakala BTC melonjak 5% mencecah $13,800.

JPMorgan merupakan pemain terbesar di dalam industri ini dengan rekod transaksi lebih daripada $6 trilion sehari, melibatkan lebih 100 negara.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat