3 Faktor Buatkan JPMorgan Positif Bitcoin Akan Terus Melonjak!

400

JPMorgan, firma pelaburan terbesar dunia berpandangan optimis terhadap hala tuju aset digital Bitcoin (BTC), menganggap matawang itu berpotensi untuk melonjak lebih tinggi. Andaian tersebut didorong oleh pengumuman PayPal menyokong matawang kripto baru-baru ini.

Menurut satu kenyataan unit strategi pasaran global JPMorgan yang didedahkan di laman media sosial Twitter, keadaan tersebut tidak mustahil jika aset digital itu bersaing dengan emas sebagai matawang alternatif yang dipercayai.

Buat masa sekarang, terdapat jurang nilai yang besar antara kedua-dua aset itu. Sekurang-kurangnya sebanyak $2.6 trilion masih tersimpan dalam dana pertukaran emas (exchange-traded funds, ETF) dan bar.

Manakala, pemodalan pasaran BTC masih kekal pada $240 bilion.

JPMorgan percaya lonjakan tersebut boleh berlaku dengan tiga faktor utama :-

  1. Bitcoin perlu melonjak 10 kali ganda untuk mencecah paras yang sama dalam pelaburan emas.
  2. Matawang kripto memiliki utiliti yang tinggi berbanding emas.
  3. BTC berupaya menarik golongan milenium dalam jangka masa yang panjang.

Pengumuman PayPal dan peningkatan permintaan institusi terhadap aset digital itu pada waktu yang sama telah membuka satu tanggapan baru mengenai Bitcoin sebagai aset safe-haven.

Rekod penduduk Amerika yang telah membeli Bitcoin cuma 7% dan beberapa pasaran utama seperti Kanada masih kekurangan pasaran pertukaran. Malah, bank-bank utama juga kebanyakan masih belum mengemukakan hak penjagaan aset kripto walaupun menjadi topik hangat 2020.

Melihat penggunaan bitcoin yang masih lagi pada peringkat awal dari aspek infrastruktur, pembangunan dan penggunaan arus perdana, BTC memiliki ruang untuk terus berkembang. Paling tidak sama ada 5 hingga 10 tahun lagi untuk BTC ‘bangkit’ setanding dengan kedudukan emas.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat