Menarik! Lepas Ni Dah Boleh Bayar Paypal Guna Bitcoin

295

PayPal akan menawarkan Bitcoin (BTC). Betul ke?

Putar semula pada akhir 2019, di mana PayPal menjadi topik utama di dalam komuniti kripto terutama dakwaan platform pembayaran terbesar itu sedang menumbuhkan teknologi kripto dan menyokong penyelarasan kerangka undang-undang.

Pada Julai pula, Paypal dengan kerjasama bersama broker kripto, Paxos akan menawarkan pembelian Bitcoin dan matawang kripto lain secara langsung.

Maka, tidak mustahil jika pakar kripto mengandaikan Paypal mungkin selepas ini akan menjadi firma seterusnya menyokong Bitcoin berdasarkan tarikh dan desas-desus yang timbul.

Jika benar Paypal akan menfokuskan kepada matawang digital, CIO BlockTower Capital, Ari Paul menjangkakan pengumuman rasmi dari firma itu akan berlaku pada akhir tahun ini.

Individu itu tidak dapat menolak, jika berita pelaburan Square membawa kejutan dalam kalangan pelabur, usaha Paypal ini mungkin akan lebih menggegarkan dunia kripto memandangkan perkhidmatan itu memiliki 10x lebih luas skala penggunanya.

Walau bagaimanapun, bekas pegawai Google Payments, Tyler Reynolds menjelaskan PayPal hanya menfokuskan kepada Bitcoin dan tidak untuk Ethereum ekoran daripada matawang digital itu akan menganggu PayPal dan Square.

Pengasas bersama Gemini, Cameron Winklevoss memberi jaminan bahawa peralihan luar biasa ini menandakan satu permulaan bagi kebanyakan syarikat untuk berlindung dari dasar inflasi global.

Pada waktu yang sama, ia akan membuka peluang kepada lebih banyak syarikat untuk mengikut ‘budaya’ baru ini termasuk bank-bank pusat utama seperti Eropah dan Jepun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat