Rangkaian Pesanan Ringkas Terkemuka Jepun Lancarkan Matawang Kripto

273

LVC Corporation, yang merupakan anak syarikat kepada rangkaian pesanan ringkas gergasi, Line akan melancarkan matawang kriptonya sendiri yang dikenali sebagai Link pada April 2020 di Jepun.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada 30 Januari lalu, syarikat berkenaan sedang membangunkan sistem untuk debut Link pada pusat pertukaran matawang kripto tempatan, iaitu Bitmax.

Selain itu, Line telah pun memulakan dagangan Link di medium pertukaran matawang kripto antarabangsa, BitBox pada pertengahan Oktober 2018. Namun begitu, syarikat tersebut perlu menunggu untuk mendapatkan lesen daripada pengawal selia kewangan tempatan pada September tahun lalu gara-gara peraturan matawang kripto di Jepun yang lebih ketat.

Berdasarkan laman web rasminya, Link membolehkan pemegangnya untuk mengakses pelbagai perkhidmatan dan aplikasi.

Hakikatnya, pelancaran ini bukanlah suatu perkara yang baharu kerana sebelum ini, banyak lagi aplikasi pesanan ringkas yang berbuat demikian seperti Kik, Telegram, WhatsApp dan rangkaian media sosial gergasi, Facebook.

Namun, Kik dan Telegram didapati sedang berhadapan dengan konflik undang-undang bersama Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat gara-gara penjualan sekuriri yang tidak berdaftar kepada warganegara Amerika Syarikat. Manakala Kik baru-baru ini telah membuat permohonan untuk tarikh percubaan bagi tuntutannya terhadap suruhanjaya berkenaan.

Di samping itu, suruhanjaya tersebut tetap mempertahankan kesnya terhadap Telegram dan menyifatkan bahawa token Gram tersebut nilainya lebih rendah daripada sebiji donut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat