Bank Pusat Eropah Tak Main-main Bab Kripto!

782

Menurut presiden, Christine Lagarde, Bank Pusat Eropah sedang bersiap sedia untuk melancarkan mata wang digital. Oleh yang demikian, orang ramai diminta untuk mempertimbangkan isu berkenaan.

Institusi Frankfurt akan menjalankan satu siri ujikaji dengan euro digital selama 6 bulan akan datang dan melancarkan konsultasi awam selama 3 bulan mulai 12 Oktober.

Manakala keputusan mengenai hala tuju projek matawang maya dijangka akan dikemukakan sekitar pertengahan 2021.

Menurut sebuah kenyataan, matawang digital berkenaan akan melengkapkan fungsi wang tunai dan bukan menggantikannya.

Langkah tersebut diambil apabila para pengguna mula beralih ke arah pembayaran tanpa tunai, dan ECB tidak mahu ketinggalan dalam sektor matawang kripto lebih-lebih lagi apabila ianya turut dikeluarkan oleh syarikat swasta seperti Bitcoin dan Libra Facebook yang belum dilancarkan.

Selain itu, matawang digital akan membolehkan individu dan syarikat memiliki simpanan secara langsung dengan bank pusat yang berpotensi dan lebih selamat daripada dengan bank perdagangan, yang beriskio untuk muflis, atau wang tunai yang dapat dicuri.

Tambahan daripada itu, para penyokong matawang kripto mengatakan bahawa ianya akan melibatkan sistem pembayaran yang lebih cepat dan lebih murah, terutama di luar negara, kerana pengurangan kakitangan, pentadbiran dan kos tinggi yang diperlukan dalam perbankan dan pelaburan tradisional.

Walau bagaimanapun pemerintah di Eropah telah menegaskan bahawa mana-mana mata wang digital memerlukan pengawasan yang teliti.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli lembaga eksekutif ECB, euro digital akan menyokong usaha Eropah menuju ke arah inovasi dan akan menyumbang kepada kedaulatan kewangannya serta mengukuhkan peranan antarabangsa euro.

Tambahan daripada itu, beliau turut memperingatkan tentang pelbagai cabaran yang bakal dihadapi, termasuk kebimbangan terhadap privasi dan kesannya terhadap perbankan tradisional dan kestabilan kewangan. Tetapi, euro digital yang dirancang dengan rapi dan betul dapat menangani risiko ini tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat