Square Buat Pelaburan Terbesar, Beli Bitcoin Berjumlah $50 Juta!

244

Platform bayaran Square telah membeli 4,709 bitcoin yang berjumlah $50 juta, satu pelaburan terbesar bagi firma itu di dalam industri kripto.

Ini bermakna pelaburan itu mewakili hanya 1% daripada jumlah keseluruhan aset Square bagi akhir suku kedua 2020.

Adakah pembelian ini mendorong kepada lonjakan harga bitcoin? Buat masa sekarang, harganya sekitar $10,775.

Dalam satu kenyataan, Square memberitahu keyakinan mereka terhadap matawang kripto sebagai batu locatan dalam memperkasakan ekonomi dan membuka peluang kepada dunia untuk mencerap sistem monetari global.

Berbalik pada 2018, CEO Square dan Twitter, Jack Dorsey pernah memuatkan satu kicauan mengenai matawang kripto yang menjadi matawang utama dunia.

Maka, tidak hairalah jika Square menambah pelaburan bitcoin di dalam aplikasi Cash pada tahun yang sama dan pada 2019 mereka telah menubuhkan satu gabungan bebas, Square Crypto bagi menyumbang sumber kerja terbuka bitcoin (bitcoin open-source work).

Pada bulan lalu Square melancarkan satu komuniti non-profit, Cyptocurrency Open Patent Alliance. Ia bertujuan untuk mengekalkan sifat sumber terbuka matawang kripto dengan mengumpulkan paten di shared library bagi mempertahankan dari penceroboh paten.

Square mengumumkan pada Mei, pendapatan bitcoin bagi suku pertama berjumlah $306 juta, dengan jumlah keseluruhan terkini meningkat kepada $1.38 bilion, satu lonjakan tinggi sebanyak 367% sejak suku tahun lalu.

 

 

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat