Jualan Runcit AS Bulan Julai Terjejas, Pertumbuhan Ekonomi Jadi ‘Tanda Tanya’!

678

Jualan runcit Amerika Syarikat (A.S) dilaporkan merosot lebih banyak daripada apa yang dijangkakan oleh para pakar pada bulan Julai kerana kekurangan pembelian kenderaan bermotor dan barangan lain. Walaubagaimanapun, perbelanjaan perkhidmatan mampu mendorong ekonomi untuk kekal berada pada fasa bertumbuhan yang kukuh pada suku ketiga.

Jualan runcit merosot 1.1% pada bulan lalu berdasarkan laporan yang dikeluarkan Jabatan Perdagangan pada hari Selasa. Jualan atas talian dilaporkan turut merosot berikutan Amazon mempercepatkan acara ‘Prime Day’ ke bulan Jun. Disisi yang berbeza, data bagi bulan Jun telah dinilai semula menunjukkan penjualan runcit meningkat 0.7% dan bukannya 0.6% seperti yang dilaporkan sebelum ini. Bacaan bulan Julai jatuh melebihi jangkaan para pakar ekonomi yang meramalkan penjualan runcit merosot 0.3%.

Pengeluaran kenderaan bermotor telah terhambat oleh kekurangan semikonduktor global. Kekurangan cip juga menghadkan pengeluarangan barangan isi rumah seperti peti ais.

Menurut Sam Bullard, ahli ekonomi kanan di Wells Fargo (NYSE: WFC) di Charlotte, North Carolina berpendapat bahawa sektor permintaan masih kukuh, hanya sahaja penjualan kenderaan bermotor terus menurun sejak beberapa bulan kebelakangan ini kerana kekurangan semikonduktor.

Selain itu turut mempengaruhi kejatuhan jualan runcit ialah peningkatan jangkitan varian Delta yang memperlambat lonjakan perbelanjaan perkhidmatan. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit A.S. pada akhir bulan Julai telah menggesa orang Amerika yang diberi vaksin sepenuhnya untuk kembali memakai pelitup muka di tempat awam.

Tidak termasuk kereta, petrol, bahan binaan dan perkhidmatan makanan, penjualan runcit turun 1.0% bulan lalu setelah kenaikan 1.4% pada bulan Jun.

Harus dimaklumi bahawa penjualan runcit tidak merangkumi sebahagian besar perbelanjaan perkhidmatan. Indeks US dolar dilaporkan terus mengukuh berbanding matawag utama dengan kenaikan 0.35% kepada paras bacaan 92.945.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat