Jualan Runcit – Ekonomi Amerika Untuk ‘Meroket’ Jadi Tanda Tanya!

463

Jualan runcit Amerika Syarikat yang dikeluarkan Jabatan Perdagangan dilaporkan merosot dengan lebih banyak pada bulan Disember kerana langkah-langkah pencegahan penularan wabak Covid-19 telah mengurangkan perbelanjaan. Langkah yang diumumkan pemerintah telah menggesa restoran untuk ditutup.

Laporan pada hari Jumaat menunjukkan jualan runcit turun 0.7% pada bulan lalu. Data bulan November yang dinilai semula menunjukkan jualan jatuh sebanyak 1.4% berbanding bacaan sebelumnya sebanyak 1.1%. Bacaan bulan Disember juga jauh tersasar daripada jangkaan para ahli ekonomi yang mensasarkan tidak berubah.

Laporan ini mengikuti laporan pada minggu lalu bahawa ekonomi A.S telah mencatat pengurangan pekerjaan pada bulan Disember buat pertama kalinya dalam tempoh lapan bulan. Dijangka, perkara ini akan berterusan pada bulan Januari kerana permohonan baru bagi faedah pengangguran meningkat pada minggu pertama bulan Januari.Data- data ini sejajar dengan jangkaan ahli ekonomi bahawa pertumbuhan ekonomi pada suku keempat akan bertumbuh perlahan.

Presiden Joe Biden pada hari ini melancarkan perincian mengenai pakej rangsangan coronavirus bernilai $1.9 trilion, dengan mengatakan pelaburan ini perlu untuk pemulihan ekonomi dan mempercepatkan pengagihan vaksin bagi mengatasi krisis pandemik.

Rancangan itu, yang juga disebut sebagai Pelan Penyelamat Amerika, merangkumi $415 bilion untuk meningkatkan tindak balas terhadap virus dan pelancaran vaksin Covid-19, kira-kira $1 trilion sebagai bantuan langsung kepada isi rumah, dan sekitar $440 bilion untuk perniagaan kecil dan masyarakat yang paling terjejas.

Ekonomi A.S dijangka akan bertumbuh sebanyak 5% sahaja pada suku keempat. Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang utama mencatat peningkatan sebanyak 0.40% kepada paras tukaran 90.573 .

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat