Berdasarkan laporan oleh Jabatan Perangkaan New Zealand (StatsNZ), jumlah jualan runcit jatuh menjunam pada suku tahun tahun ketiga yang berakhir pada bulan September.
Data menunjukkan jumlah jualan runcit hanya meningkat 0.2% berbanding suku tahun kedua yang mencatat peningkatan 1.8%.
Walaupun pertumbuhan jualan runcit perlahan, namun bacaan 0.2% melebihi jangkaan penganalisis yang mensasarkan pada bacaan 0.1%.
Menurut penganalisis, pertumbuhan pada suku tahun kedua didorong peningkatan tinggi daripada perkhidmatan makanan dan minuman dan industri penginapan seperti hotel pada bulan Jun berikutan perlawanan rugby iaitu World Masters Games dan lawatan kelab rugby lion. Namun pada suku tahun ketiga, kedua-dua industri menunjukkan kejatuhan.
Berdasarakan pergerakan harga, jualan tumbuh hanya 0.1% tetapi jika dibandingkan dengan bacaan suku tahun kedua ilah 2.5% dan suku tahun pertama 1.4%.
8 daripada 15 industri merekod peningkatan dalam jumlah jualan. Jualan pasar raya dan kedai runcit mencatat peningkatan yang tinggi sehingga 1.6%.
Jumlah jualan runcit pada suku tahun ketiga mencatat $NZ21.9 billion, naik 5.4% berbanding tahun lepas.
Matawang NZD setakat jam 4.10 p.m naik 0.03% kepada 0.6885 berbanding US dolar.