Jualan Runcit UK Punca Matawang Pound Makin Parah!

530

Bacaan jualan runcit UK membawa satu lagi episod mengecewakan buat dagangan matawang pound untuk menyusut lebih rendah pada pembukaan sesi Eropah.

Menurut Pejabat Statistik Negara (ONS), jualan runcit UK tanpa dijangka telah mencatatkan kejatuhan ketara pada bulan Mei dengan menurun sebanyak 1.4% daripada kenaikan 9.2% pada bulan sebelumnya.

Penjualan runcit teras (tidak termasuk bahan bakar), dilaporkan menyusut 2.1% berbanding 1.5% yang dijangkakan, dan jatuh mendadak dari bacaan 9.1% sebelumnya.

Antara faktor utama yang menyebabkan penurunan ini adalah disebabkan pengurangan penjualan di kedai makanan yang turun sebanyak 5.7% dan jualan dalam talian susut sebanyak 4.2%.

Hal ini disebabkan oleh lebih banyak pelonggaran sekatan dilakukan dalam sektor perhotelan, sekali gus mendorong pengguna untuk kembali makan dan minum di lokasi seperti restoran dan bar.

Berikutan bacaan yang mengecewakan ini, matawang pound menjunam lebih rendah dengan didagangkan di sekitar harga 1.3860 berbanding US dolar yang kukuh.

Walaupun begitu, secara keseluruhan penjualan runcit masih kukuh dalam tempoh dua bulan terakhir, menurut ONS.

Pada bulan April dan Mei, jumlah keseluruhan jualan runcit masih 7.7% lebih tinggi daripada bulan Mac 2021 (sebelum pelonggaran sekatan dilaksanakan), dan 9.1% lebih tinggi daripada Februari 2020 iaitu sebelum wabak Covid-19 melanda UK.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat