Juara UFC Khabib Nurmagomedov Didakwa Tipu Peminat Dengan NFT Scam?

1,125

“Ni namanya cari nahas, nanti dah takde peminat baru tahu langit tinggi ke rendah.”

YouTuber popular Coffeezilla mendakwa Khabib Nurmagomedov, legenda bekas juara UFC menipu pengikutnya melalui promosi skim penipuan non-fungible token (NFT), di mana beliau berkata akan memberi akses kepada “private club” di samping dapat mining Bitcoin (BTC).

Khabib dikatakan telah memeterai perjanjian bersama GoMining untuk melancarkan NFT itu yang akan menyediakan akses industri mining BTC kepada pengguna biasa termasuk memberi ganjaran kepada pemegang token GMT.

Menurut laman web projek tersebut, setiap NFT akan berfungsi sebagai tiket ke acara peribadi yang diadakan Khabib beberapa kali setahun dan disokong oleh 29 terahash* sesaat kuasa pengkomputeran serta kecekapan tenaga sebanyak 35 watt setiap terahash.

*Kadar hash sesaat adalah penting kerana ia menentukan berapa lama masa yang diperlukan untuk melengkapkan blok

Kadar hash 29 TH/s merujuk pada rekod bersejarah 29-0 Khabib dalam seni mempertahankan diri yang turut mencatat 13 kemenangan dalam UFC sebelum bersara daripada sukan itu.

Pun begitu, Coffeezilla memberi amaran kepada Khabib untuk tidak menipu peminatnya dan beliau sepatutnya kembali bertanding semula ke gelanggang jika ingin menjana wang.

Hal ini kerana Khabib dikatakan sama seperti berpuluh-puluh selebriti, atlet dan pejuang profesional lain yang ingin memanfaatkan jenamanya untuk menjual koleksi digital bagi kepentingannya sendiri.

Menurut pengulas dan podcaster UFC bernama Joe Rogan, UFC telah mempromosikan pelbagai inisiatif kripto termasuk platform kontrak pintar L1 VeChain dan exchanger kripto CryptoCom dan beliau berpendapat kerajaan Amerika Syarikat (AS) mungkin ‘takut’ dengan BTC.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat