Jumlah Pelantar US Naik Empat Minggu Berturut-Turut

51

Baker Hughes melaporkan peningkatan pelantar minyak di US empat minggu berturut-turut dengan kenaikan 8 pelantar minyak kepada 591 bagi minggu berakhir 10 Februari. Jumlah pelantar setakat ini adalah yang tertinggi sejak minggu berakhir 23 Oktober 2015 yang mencatat 594 pelantar.

Jumlah pelantar gas pula hanya naik 4 kepada 149 pelantar. Ini membawa julmlah pelantar minyak dan gas kepada 741 yang naik 12 pelantar. Jumlah pelantar naik 200 dari tahun lalu.

Minggu lepas pelantar minyak bertambah sebanyak 17 pelantar kepada 583 dengan jumlah pelantar kesemuanya naik kepada 729.

Minyak mentah memberi respon minimum kepada data yang dikeluarkan pada Jumaat lalu. Ketika ini minyak WTI (West Texas Intermediate) didagang di paras $54.18 setong, manakala minyak Brent (Brent-oil) didagang di paras $56.82 setong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat