Jumlan Tuntutan Pengangguran Pertama Kali Jatuh Bawah 400,000, Adakah Ini Petanda Yang Baik?

852

Jumlah rakyat Amerika yang mengemukakan tuntutan baru untuk faedah pengangguran telah mencatat penurunan drastik pada minggu lalu. Dengan ini tuntutan pengangguran telah berkurangan unntuk minggu kelima berturut-turut dan mencapai tahap terendah 14 bulan. Hal ini didorong oleh aktiviti ekonomi yang rancak, peningkatan vaksinasi dan lebih banyak peluang pekerjaan ditawar oleh ekonomi.

Tuntutan awal untuk faedah pengangguran adalah sebanyak 385,000 bagi minggu yang berakhir pada 29 Mei berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja pada hari Khamis. Ahli ekonomi malah menjangkakan pekerjaan menurun kepada 387,000.

Tuntutan pengangguran baru turun di bawah 400,000 untuk pertama kalinya sejak penularan pandemik di A.S dan mendorong penurunan purata mingguan. Walaubagaimana disisi lain, jumlah rakyat Amerika yang menuntut faedah melalui program Bantuan Pengangguran Pandemik persekutuan (PUA) dan program Pampasan Pengangguran Kecemasan Pandemik (PEUC) kian meningkat.

Jumlah tuntutan dijangka akan terus menurun apabila lebih banyak pekerja kembali ke pekerjaan mereka dan pentadbiran sedang merancang untuk mengurangkan faedah pengangguran. Program pengangguran yang diperpanjangkan oleh kerajaan persekutuan akan berakhir pada bulan September dan memiliki kemungkinan ditamatkan lebih awal.

Walaupun pegawai Rizab Persekutuan terus menekankan perlunya peningkatan yang lebih besar dalam pasaran buruh, jumlah tuntutan menunjukkan bahawa pekerjaan berkembang secara konsisten.

Secara kesimpulannya, jumlah tuntutan pengangguran yang menurun ini telah memberi sedikit keyakinan dari kekecewaan yang mengejutkan pada bulan April lalu. Pemain pasaran semakin optimis dan menjangkakan data NFP akan terus meningkat.

Indeks US dolar mencatat pengukuhan berbanding matawang utama dengan peningkatan 0.32% kepada 90.186.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat