Justin Sun Ditangkap? Harga TRX Terus Menderita!

270

“Pening kepala, jadi sebenarnya kena tangkap ke tak ni?’

Para pelabur pada hari ini dikejutkan dengan khabar angin yang mengatakan pengasas Tron (TRX) Justin Sun telah digari oleh pegawai penguatkuasa undang-undang di Hong Kong, namun kebanyakannya percaya ia adalah FUD* projek kripto semata-mata.

*Apabila orang berkongsi maklumat negatif tentang kripto dalam talian untuk tujuan manipulasi

Susulan itu, harga TRX secara berterusan menjunam sebanyak 6.15% pada paras $0.06318 dalam tempoh 24 jam lalu selepas berita berkenaan penangkapan Sun tersebar.

Sebagai tindak balas, Sun hanya menyebut nombor 4, di mana ia adalah perkataan sama yang disebut oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Binance Changpeng Zhao (CZ) ketika Suruhanjaya Dagangan Niaga Hadapan (CFTC) memfailkan tuntutan mahkamah terhadap syarikatnya.

Diperjelaskan lebih terperinci, CZ telah menulis nombor 4 dalam akaun Twitter miliknya sebagai sebahagian daripada matlamat beliau untuk menyampaikan maksud tersirat iaitu abaikan FUD, berita palsu, serangan dan lain-lain.

Berbalik kepada isu Sun, beliau didapati secara aktif berkongsi pelbagai gambar mengenai perkembangan lawatannya ke Hong Kong dan bekas mentornya, jadi sesetengah pihak tetap tidak percaya Sun telah ditangkap.

Malah pihak lain menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan itu dan mempersoalkan kesahihan khabar angin tersebut termasuk menyebutnya sebagai percubaan untuk menyebarkan berita palsu susulan Sun dilihat menghadiri beberapa acara.

Pada 22 Mac 2023, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) mendakwa Sun atas kesalahan tawaran dan jualan TRX dan BitTorrent (BTT) secara tidak berdaftar serta memanipulasi pasaran TRX melalui wash trading.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat