“Kalau admin jadi dia dah jual dah, $3 juta kot bukan 3 ringgit.”
Susulan menggunakan semua simpanan dan kad kreditnya untuk melabur dalam Dogecoin (DOGE) sebanyak $250,000, pegangan Glauber Contessoto telah mendaki sehingga $3 juta tetapi beliau malangnya enggan mengeluarkan wang itu.
Pada masa ini, harga DOGE yang tergelincir lebih 90% daripada paras tertinggi sepanjang masa Mei 2021 pada $0.73 telah menyebabkan nilai pegangan penduduk Las Vegas tersebut pantas jatuh sehingga $50,000.
Contessoto yang menggelar dirinya sebagai “SlumDOGE Millionaire” dan mengendalikan saluran YouTube The Dogecoin Millionaire telah meluahkan kekecewaannya semalam di X dahulunya dikenali sebagai Twitter, tetapi beliau sungguh percaya memecoin itu akan menjadi mata wang di X.
Hal ini kerana jutawan Elon Musk sering kali bercakap serius tentang bagaimana memecoin akan menjadi mata wang kripto pilihan untuk pembayaran walaupun DOGE hanyalah dicipta sebagai jenaka semata-mata.
Jadi di sini dapat dilihat Musk mungkin berada dalam proses mengintegrasikan DOGE dengan X susulan platform media sosial tersebut sedang mengusahakan produk melalui cara yang menyokong pembayaran kripto.
Walaupun Contessoto telah menyaksikan pelaburannya junam, beliau adalah salah seorang daripada penyokong tegar DOGE yang sangat percaya harga memecoin itu akan melepasi $1 semasa pergerakan bullish seterusnya.
Sekiranya lain kali harga DOGE naik semula, Contessoto akan mengambil keuntungan tetapi sama sekali tidak menjual semuanya susulan beliau tetap dengan berpendirian teguhnya, di mana ia sangat yakin harganya cecah $1 pada masa hadapan.
Sehingga berita ini ditulis, harga DOGE menjunam sebanyak 2.39% pada paras $0.06 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $8 bilion seterusnya mencatatkan penyusutan 0.37% sepanjang minggu lepas.