Kabul Jadi Huru-Hara, Taliban Dakwa Telah Kuasai Afghanistan

2,195

Pada minggu ini, seluruh dunia digemparkan dengan adegan yang mengerikan di mana warga Afghanistan berkumpul di lapangan terbang antarabangsa Kabul untuk melarikan diri. Apa yang telah berlaku?

Warga Afghanistan merasakan bahawa itu adalah peluang terakhir mereka untuk melarikan diri dari sebuah negara yang kini telah dikuasai sepenuhnya oleh Taliban.

Adegan tersebut tercetus di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai apabila sebuah pesawat tentera AS cuba melarikan diri dan pada saat itu ramai yang meluru dan mengerumuni pesawat tersebut bahkan melekat di luar pesawat ketika ia semakin pantas berlepas.

Kekacauan itu terus semakin menjadi huru-hara sehingga mengakibatkan kematian orang Afghanistan. Video kejadian juga ada dikongsikan pada ciapan Twitter milik RichardEngel.

Setelah hampir dua dekad berperang,  menurut laporan lebih daripada 6,000 nyawa orang Amerika telah melayang dan lebih dari 100,000 orang Afghanistan terbunuh serta lebih dari $2 trilion telah dibelanjakan oleh AS.

Para pakar serantau memberikan pandangan bahawa masa depan negara itu masih suram dan menganggap Taliban akhirnya akan menguasai kebanyakan Afghanistan sekali lagi.

Pegawai pertahanan AS dilaporkan ada mengeluarkan jangkaan bahawa ibu negara Afghanistan, Kabul akan lumpuh dalam 90 hari namun sepertinya ia mungkin berlaku hanya tidak sampai 10 hari.

Dalam pada itu presiden Afghanistan, Ashraf Ghani telah meninggalkan negara itu selepas Taliban berjaya memasuki kediaman presiden dan mengisytiharkan perang ‘berakhir’.

Ashraf berkata kumpulan pemberontak itu sudah menang setelah mereka masuk ke Kabul selepas 20 tahun mereka diusir oleh tentera gabungan Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

“Taliban telah menang melalui ‘pedang serta senjata api’ dan kini mereka bertanggungjawab terhadap kehormatan, harta benda dan hak asasi penduduk Afghanistan’” tambahnya.

Ashraf juga ada melaporkan bahawa tindakannya meletak jawatan dan meninggalkan Afghanistan adalah untuk mencegah daripada berlaku ‘pertumpahan darah’ yang lebih dahsyat.

Menurut penganalis, antara penyebab utama konflik Afghanistan ini terjadi disebabkan oleh kegagalan perisikan tentera AS dalam menilai keadaan dan situasi semasa sebelum kejadian.

Antara sebab lain juga ia adalah kerana Taliban lebih kuat dari pelbagai segi seperti rasuah, wang, perbezaan budaya serta kemahuan untuk bertempur.

Pengambilalihan Afghanistan oleh Taliban ini juga merupakan yang paling pantas, termasuk ibu kotanya dan kediaman presiden.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat