Kadar ‘Bank of England’ yang Lebih Tinggi Mungkin Diperlukan – Forbes

27

Forbes salah seorang dari ahli Majlis Monetari di Bank of England mengekalkan reputasinya sebagai ahli yang paling ‘hawkish‘ dengan menyatakan kenaikan kadar adalah perlu dalam masa terdekat.

Beliau melihat ekonomi Britain terus berada dalam keadaan baik dari jangkaan selepas undian Brexit tahun lepas. Beliau menjangkakan penyusutan Sterling secara berterusan akan memberi kesan kepada perubahan inflasi, gaji, dan kenaikan gaji sebenar yang perlahan.

Ekonomi UK sebelum ini dijangka akan semakin perlahan selepas rakyat UK memilih untuk meninggalkan Kesatuan Eropah. Hal ini berikutan keyakinan yang semakin berkurangan dari semua lapisan yang terlibat di dalam ekonomi termasuk pengguna, peniaga, dan pelabur. Namun, perkara sebaliknya berlaku dengan ekonomi beroperasi di tahap lebih baik dari jangkaan.

Dalam laporan baru-baru ini, ‘Bank of England‘ memotong anggaran keseimbangan ‘kadar pengangguran’ dari 5.0% kepada 4.5% yang mengurangkan potensi kenaikan kadar upah di UK.

Forbes dilihat seakan tidak boleh bertolak-ansur dengan ramalan ekonomi oleh Monetary Policy Committee (MPC). Hal ini berikutan pendapatnya tentang ekonomi UK yang lebih dari jangkaan dengan ekonomi global yang terus mengukuh.

Berikutan komen beliau, Gbp/Usd menguat sedikit ke paras 1.2400 dalam sesi dagangan Selasa, sebelum Gbp/Usd meneruskan kenaikan ke 1.2546 yang disebabkan komen Theresa May tentang perjanjian perdagangan dengan China.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat