Kadar Faedah ECB Mungkin Naik Lebih Tinggi?

139

Bank Pusat Eropah (ECB) melihat risiko yang semakin meningkat untuk menaikkan kadar faedah kepada 2% atau lebih untuk mengekang inflasi yang melambung tinggi walaupun terdapat kemungkinan kemelesetan.

Memetik kenyataan sumber yang memberitahu Reuters, ramai penggubal dasar melihat kebarangkalian bahawa mereka perlu membawa kadar faedah kepada ‘restrictive territory’, atau dalam kata lain, tahap kenaikan yang menyebabkan ekonomi perlahan.

Sumber yang tidak didedahkan namanya kerana perbincangan dasar adalah tertutup, berkata kemungkinan besar akan berlaku jika unjuran inflasi pertama ECB untuk 2025 yang bakal dikeluarkan pada Disember, masih melebihi 2%.

Buat masa ini, bank pusat itu mengunjurkan inflasi pada 2.3% pada 2024, walaupun terdapat jangkaan bahawa ia hampir kepada 2% selepas mengambil kira harga gas terkini.

Tambah sumber itu lagi, pembuat dasar bersiap sedia untuk menghadapi kemelesetan pada musim sejuk ini dan pertumbuhan ekonomi yang lebih lemah pada tahun depan walaupun unjuran rasmi ECB meramalkan pengembangan sebanyak 0.9%.

Kadar faedah semasa ECB kini berada pada 0.75% selepas ia meningkatkan kadar sebanyak 75 mata asas pada minggu lalu.

Presiden Christine Lagarde memberi petunjuk untuk dua atau tiga kenaikan selanjutnya, mengatakan kadar masih jauh daripada paras yang akan membawa inflasi kembali ke sasaran.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat