Kadar Inflasi Lonjak Melebihi Sasaran, Ini Reaksi ECB Dalam Isu Ini!

220

Inflasi zon Eropah mencatat lonjakan kepada paras yang melebihi sasaran Bank Pusat Eropah pada bulan Mei. Hal ini akan meningkatkan cabaran buat ECB untuk menangani kritikan dari pihak pengguna.

Inflasi zon Eropah meningkat ke paras bacaan 2% pada bulan Mei daripada bacaan 1.6% yang dikecapi pada bulan April. Kenaikan ini didorong oleh kenaikan kos yang lebih tinggi ke tahap terpantas sejak akhir 2018 dan bacaan ini melebihi matlamat ECB berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Eurostat.

Angka bulan Mei ini juga mengatasi jangkaan tinjauan Reuters yang mensasarkan peningkatan 1.9%. Menurut ahli ekonomi ING, Bert Coljin, walaupun kenaikan inflasi ini dijangka namun tidak ramai yang menjangkakan ia bertumbuh dengan lebih pantas, ditambah pula ekonomi baru sahaja mula bertumbuh dari impak pandemik.

ECB telah menegaskan bahawa kadar inflasi ini bukanlah kadar yang diharapkan oleh mereka buat masa sekarang. Justeru, polisi yang diterapkan dijangka akan tetap longgar bagi tahun-tahun akan datang.

Secara tamsilnya, ECB berpendapat kenaikan inflasi adalah sementara. Pertumbuhan harga ini dijangka akan mula pudar pada awal tahun hadapan dan inflasi akan di bawah sasaran. Selain itu, polisi ECB kurang berkesan terhadap pergerakan harga jangka pendek. Maka ini menjadi hujah bahawa ECB akan memastikan polisi monetari adalah longgar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat