Laporan data penting Amerika Syarikat (A.S) yang terkini menunjukkan bahawa harga pengguna melonjak lebih tinggi pada bulan Mac yang didorong oleh pertumbuhan ekonomi yang kukuh sejak pandemik Covid-19 melanda.
Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat 0.6% berbanding bulan sebelumnya namun 2.6% jika dibandingkan pada tahun lalu. Kenaikan tahunan ini adalah kenaikan tertinggi sejak Ogos 2018.
Bacaan ini juga mengatasi jangkaan para pakar ekonomi yang mensasarkan hanya kenaikan 0.5% setiap bulan dan 2.5% dari Mac 2020.
Kenaikan besar itu dari tahun ke tahun adalah disebabkan kesan dasar atau perbandingan peringkat rendah digunakan.Pada bulan Mac 2020 yang lalu kerajaan telah memulakan pengenaan perintah berkurung dan penutupan sektor ekonomi secara besar-besara yang yang akhirnya membawa kepada lebih daripada 22 juta orang Amerika ke garis pengangguran.
Inflasi teras yang tidak termasuk kos makan dan tenaga turut dilaporkan meningkat dengan peningkatan 0.3% setiap bulan dan 1.6% dari tahun ke tahun.
Walaupun jumlah inflasi kelihatan tinggi, banyak ahli ekonomi dan juga pembuat dasar di Federal Reserve berpandangan bersifat sementara. Justeru ramai yag meramalkan bahawa bulan April juga inflasi dijangka akan meningkat namun ia akan mula berkurangan.
Atas dasar itu pegawai the Fed mengatakan bahawa mereka tidak akan menyesuaikan dasar berdasarkan lonjakan jangka pendek dalam bacaan inflasi. Pegawai the Fed melihat pertumbuhan ekonomi tahun ini adalah sekitar 6.5%, yang merupakan peningkatan terpantas sejak tahun 1984.
Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang lain kekal susut sebanyak 0.10% kepada paras tukaran 92.037.