Kadar Inflasi Catat -1.4%

266

Inflasi keseluruhan mencatatkan kadar negatif yang lebih kecil pada -1.4% pada suku ketiga 2020, disebabkan terutamanya oleh harga runcit bahan api domestik yang lebih tinggi, sejajar dengan pemulihan harga minyak dunia.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataan hari ini berkata, inflasi teras menjadi sederhana sedikit kepada 1.0%.

“Purata inflasi keseluruhan diunjurkan lebih tinggi pada 2021, mencerminkan terutamanya harga minyak dunia yang diunjurkan meningkat dan luputnya kesan daripada rebat tarif elektrik bertingkat pada 2020,” katanya seperti dipetik oleh Bernama.

Inflasi asas dijangka kekal rendah berikutan lebihan kapasiti dalam ekonomi.

BNM berkata prospek inflasi dan trajektori akan bergantung terutamanya pada perkembangan harga minyak dan komoditi dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat