Kadar Inflasi Malaysia Kembali Bertenang!

392

Menjadi tumpuan pada pelabur tempatan hari ini, data indeks harga pengguna (CPI) Malaysia pada Disember 2022 mencatat penyusutan 3.8% dari catatan 4% bulan sebelumnya.

Secara bulanan, inflasi pada Disember hanya meningkat 0.2% berbanding November pada 0.3%.

Manakala, inflasi bagi tahun keseluruhan 2022 pula dilaporkan mencanak 3.3% berbanding 2.5% pada tahun 2021.

Sementara inflasi teras yang mengukur perubahan dalam harga barangan dan perkhidmatan tidak termasuk harga makanan segar dan harga barangan ditadbir oleh kerajaan didapati melonjak 4.1% pada Disember 2022 daripada 4.2% pada November 2022.

Ikuti ringkasan data inflasi bulan Disember yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Negara (DOSM) di bawah.

  • Kategori makanan dan minuman bukan beralkohol susut 6.8% pada December berbanding 7.1% ketika November
    • Sub kategori daging junam 7.8% daripada 8.2%
    • Sub kategori susu, keju dan telur turun 7.1% daripada 8.9%
    • Sub kategori roti, nasi dan bijiran lain gelincir 7.0% daripada 7.5%
    • Sub kategori gula, jam, madu, coklat dan manisan lonjak 4.0% daripada 3.6%
    • Sub kategori buah-buahan susut 4.0% daripada 4.1%
    • Sub kategori minyak masak junam 1.0% daripada 2.6%.
  • Kategori pengangkutan jatuh 4.9% berbanding 5%
  • Kategori perabot, barangan perumahan dan penyelenggaraan kekal 3.7%
  • Kategori restoran dan hotel raih 7.4% berbanding 7.0%

Seterusnya, empat negeri yang mengalami kenaikan harga inflasi melebihi paras inflasi negara 3.8% pada Disember 2022 adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya (7.9%), Selangor (4.5), Sarawak (4.1%) dan Johor (3.9%).

Dalam pada itu, secaa perbandingan, Malaysia merekodkan kadar inflasi yang lebih rendah daripada beberapa negara seperti Zon Euro(9.2%), Filipina (8.1%), Amerika Syarikat (6.5%), Thailand (5.9%), Indonesia (5.5%) dan Republik Korea (5.0%).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat