Kadar Pengangguran Di Malaysia Melonjak 5% Pada April, Terburuk Sejak 1990

401

Pasaran buruh Malaysia melalui fasa terburuk selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, mendorong peningkatan kadar pengangguran kepada 5%.

Data pada April itu mencatatkan kadar pengangguran paling tinggi sejak 1990 dan pakar ekonomi mengandaikan angka tersebut akan terus meningkat untuk beberapa bulan akan datang.

Namun begitu, Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Afzanizam Abdul Rashid menyifatkan kebarangkalian kadar pengangguran akan beransur pulih berikutan pembukaan semula ekonomi secara berperingkat.

Pada April, bilangan penganggur meningkat sehingga 48.8% tahun ke tahun kepada 778,800. Manakala bagi peningkatan tenaga kerja mencatatkan rekod 0.6% atau 99,100 kepada 15.71 juta pekerja pada bulan yang sama, peningkatan terendah sejak September 2014.

Ini bermakna, secara keseluruhan populasi tenaga kerja menurun sebanyak 156,400 tahun ke tahun kepada 14.93 juta. Jumlah ini juga merangkumi beberapa sektor yang terjejas seperti servis dan pembuatan, penginapan, makanan dan minuman, seni, hiburan dan rekreasi termasuk pusat kecantikan.

Pensyarah ekonomi Sunway University, Dr Yeah Kim Leng menganggarkan kadar pengangguran sekitar 5% dan 6% sepanjang PKP. Beliau juga tidak dapat menyangkal kemungkinan anggarannya akan lebih teruk, 6% ke 7% pada suku kedua 2020 berikutan sektor masih berada di fasa awal menyesuaikan diri dengan kemerosotan ekonomi.

Inisiatif oleh pihak kerajaan terhadap isu pengangguran sedikit sebanyak dapat membantu golongan penganggur untuk mendapatkan pekerjaan.

Pembukaan ekonomi secara berperingkat akan mendorong kepada permintaan tenaga kerja. Namun, tidak mustahil jika majikan akan lebih memilih untuk mengekalkan pekerja mereka sebelum ini memandangkan peluang mencari pekerja baru juga sukar.

PKP Pemulihan yang bermula pada 10 Jun memberi nafas kepada sektor perniagaan dengan kebenaran merentas negeri akan mendorong kepada peningkatan keuntungan perniagaan. Ini juga akan membantu kepada pemulihan pasaran buruh terutama bagi sektor pelancongan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat