Kajian yang dijalankan oleh penganalisis mendapati bahawa perombakan dasar monetari yang dilakukan the Fed bagi mencapai kadar inflasi yang lebih tinggi dapat membawa kepada pertumbuhan yang perlahan kecuali bank pusat berjaya untuk mengurus sektor isi rumah dan swasta dengan baik.
Kesimpulan penyelidikan dikemukakan pada hari Jumaat dalam persidangan yang dihadiri kebanyakkan pegawai-pegawai bank pusat termasuk Ketua Fed Jerome Powell dan para penggubal dasar di bank pusat A.S.
Secara ringkasnya, pada hari Khamis, 17 penggubal dasar telah menandatangani strategi yang bertujuan untuk mendorong pertumbuhan inflasi dengan lebih cepat bagi menyokong ekonomi dan pasaran buruh secara meluas.
Bank pusat kini menetapkan perubahan pada sasaran inflasi yang memberikan lebih banyak fleksibiliti dan membolehkan Fed mengekalkan kadar faedah lebih rendah untuk jangka masa panjang bagi merangsang pertumbuhan untuk membantu mengatasi pengangguran.
Menurut Yuriy Gorodnichenko dan rakan-rakan sejawat berpendapat bahawa langkah yang diambil the Fed ibarat bumerang jika kesan pendapatan mengatasi kesan penggantian dalam satu jangka masa.
Penyelidikan tersebut mendapati bahawa kebanyakkan perniagaan dan isi rumah sering menafsirkan inflasi yang lebih tinggi sebagai pertanda pertumbuhan yang lebih perlahan.
Untuk menjayakan langkah ini, bank pusat harus berusaha untuk menyalurkan maklumat yang tepat dan lebih luas dan dalam masa yang sama tidak hanya menumpukan pada inflasi sahaja.