Walaupun US dolar masih didagangkan kukuh menuju penutup dagangan sesi New York, namun mata wang Pound dilihat berjaya menahan asakan dengan turut memaparkan pengukuhannya.
Pada carta pasangan mata wang GBP/USD, corak kenaikan harga masih dapat dilihat dalam pergerakan zon yang agak mendatar sepanjang minggu ini.
Pasaran menyaksikan penyusutan yang dipaparkan oleh US dolar di sesi Eropah dan awal pembukaan sesi New York, namun kemudiannya kembali meneruskan pengukuhannya.
Faktor sentimen berisiko pasaran masih memberi kelebihan kepada US dolar sebagai mata wang safe-haven selain jangkaan untuk dasar monetari Federal Reserve (Fed) yang kekal pada landasan pengetatannya.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/situasi-terkini-pasaran
Harga yang berlegar ke paras 1.27000 kemudiannya telah melonjak naik hingga ke paras 1.27870 yang turut berjaya mengatasi ketinggian pada Rabu sebelumnya.
Namun, menuju penutup sesi New York, harga berundur turun semula ke sekitar 1.27300 dan menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Harga yang masih bergerak di atas MA50 menyambung dagangan ke sesi Asia pagi ini (Jumaat) kekal mengunjurkan pergerakan bullish yang akan diteruskan.
Kenaikan harga jika berjaya dilanjutkan lagi akan cuba untuk mengatasi paras ketinggian dicapai semalam untuk memasuki ke zon penting 1.27800.
Zon tersebut sebelum ini menjadi rintangan buat harga dan jika harga berjaya tembusinya selepas ini, akan menjadi isyarat lebih bullish buat harga untuk menuju pula paras tumpuan pada 1.29000.
Sementara itu, sekiranya harga jatuh semula di dagangan sesi-sesi akhir ini, paras 1.27000 bakal kembali menjadi sasaran untuk diuji selepas harga melepasi sokongan MA50.
Penurunan lanjut harga jika berterusan akan mensasarkan pula ke zon support lebih rendah iaitu 1.26000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG