Kalau Terus Begini, Pakej Rangsangan Susah Nak Laksana, Rakyat Merana

490

Sebelum ini, rundingan antara Demokrat dan pentadbiran Trump telah menemui jalan buntu akibat ketidaksefahaman kedua-dua pihak, walaupun Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin menyatakan bahawa beliau dan Pelosi bersetuju untuk memulakan perbincangan.

Walau bagaimanapun, Speaker Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi kali ini menyatakan keyakinan beliau terhadap pakej rangsangan coronavirus baru bernilai $2.2 trilion yang sedang diusahakan oleh Demokrat akan diluluskan.

Pakej bantuan ini adalah kurang daripada yang dicadangkan oleh Demokrat sebelum ini iaitu kira-kira $3 trilion, tetapi lebih tinggi daripada had yang ditetapkan oleh pentadbiran Trump untuk diluluskan, sebanyak $1.3 trilion.

Pelan rangsangan yang turut merangkumi bantuan faedah pengangguran, pembayaran langsung kepada rakyat Amerika, pinjaman perniagaan kecil Program Perlindungan Gaji dan bantuan untuk syarikat penerbangan itu, dikatakan akan membolehkan Dewan untuk membuat undian secepatnya minggu ini.

Pelosi, yang berdepan tekanan daripada Demokrat, telah berusaha meyakinkan  Mnuchin dan Ketua Kakitangan White House, Mark Meadows untuk meningkatkan tawaran pentadbiran kepada $2.3 trilion.

Namun, Mnuchin memberi isyarat pada awal bulan ini bahawa pentadbiran itu tidak akan menyetujui rancangan yang lebih besar daripada $1.5 trilion.

Sekiranya ketidaksefahaman ini berterusan, pemulihan dalam ekonomi Amerika Syarikat akan mengambil masa yang lama, lebih-lebih lagi dengan ketidakpastian politik yang tercetus menjelang pilihan raya Presiden pada 3 November.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat