Kalau Terus Macam Ni Emas Memang Confirm Tembus $2,000

1,062

Dagangan komoditi emas terus mengekalkan momentum pengukuhannya dengan menembusi paras ketinggian terbaru pada sesi dagangan Asia hari ini.

Spot emas melonjak kepada $1,876.45 per auns, menghampiri paras ketinggian yang dicapai sejak September 2011 pada $1,920, sebelum kembali didagangkan di sekitar harga $1,865 per auns.

Emas meningkat lebih tinggi ketika timbulnya isu ketegangan antara dua ekonomi gergasi dunia, di mana AS secara tiba-tiba mengeluarkan arahan supaya pejabat konsulat China di Houston ditutup bagi tujuan melindungi harta intelek dan maklumat peribadi rakyatnya.

Ini susulan daripada dakwaan AS bahawa dua penggodam China telah mensasarkan syarikat Amerika yang mengusahakan penyelidikan virus dan mencuri maklumat dari syarikat di seluruh dunia demi keuntungan dan bagi pihak kerajaan China.

Sebagai tindak balas kepada arahan yang dianggap keterlaluan itu, Beijing dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan yang sama dengan menutup pejabat konsulat AS di Wuhan.

Perbalahan antara AS dan China dijangka akan turut mempengaruhi prospek pertumbuhan ekonomi global yang telah dijejaskan oleh krisis pandemik Covid-19.

Kadar faedah yang rendah dan langkah rangsangan yang diambil oleh bank pusat di seluruh dunia telah mendorong permintaan terhadap logam berharga itu yang dianggap sebagai aset selamat untuk meningkat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat