Kalau TikTok Diharamkan, Kripto Juga Bakal Terancam?

405

“Maksudnya adakah ini salah satu agenda tersembunyi untuk jatuhkan kripto?”

Pelaksanaan rang undang-undang kontroversi untuk mengharamkan aplikasi media sosial TikTok bukan sahaja dapat menyekat kripto malah rakyat Amerika Syarikat (AS) tidak mempunyai akses pada protokol sumber terbuka (open source) seperti Bitcoin (BTC).

Hal ini kerana Jabatan Perdagangan akan mempunyai kuasa untuk mengawal selia produk teknologi di negara yang mempunyai hubungan tidak baik dengan AS.

Diperjelaskan lebih lanjut, jabatan tersebut dikehendaki menyiasat serta mencegah penggunaan teknologi melibatkan kepentingan musuh dan perkara itu sama sekali akan menghalang rakyat AS mengakses keseluruhan teknologi.

Undang-undang baharu berikut adalah sama seperti mata wang rejim Pejabat Kawalan Aset Asing (OFAC) yang menyekat rakyat AS daripada berurus niaga dengan kuasa asing.

Difahamkan bahawa OFAC telah berada di bawah penelitian pada Ogos lalu selepas menambahkan kontrak pintar Tornado Cash ke dalam senarai entiti dibenarkan, tetapi ia tetap boleh menjadi pelanggaran Pindaan Pertama.

Ekoran tindakan undang-undang yang sentiasa agresif terhadap pasaran kripto, aset digital berkemungkinan akan terkesan dan mampu mendorong sektor baharu muncul di luar negara.

Antara situasi dapat dicontohi adalah apabila Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) AS bertindak mengenakan denda $30 juta terhadap syarikat exchanger kripto Kraken susulan tidak mendaftar perkhidmatan staking mereka sebagai sekuriti.

Sementara pengawal selia termasuk Jabatan Perbendaharaan yang memaksa Signature Bank, iaitu bank paling menyokong kripto di AS untuk tutup operasinya telah menjadi sebab ahli lembaga bank itu bernama Barney Frank berpendapat mereka sengaja ingin runtuhkan pasaran kripto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat