Kalau USD/CAD Turun Lagi, Trader Boleh Lagi Untung $70

931

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/CAD masih lagi dalam trend bearish dengan penurunan yang kekal diteruskan sejak awal minggu sehingga dagangan Khamis.

Dolar Kanada masih lagi bergerak kukuh berbanding US dolar sehingga penghujung minggu disokong oleh pasaran minyak mentah yang semakin stabil dengan jangkaan untuk pemulihan ekonomi dengan kadar yang lebih pantas.

Ini adalah didorong laporan positif berterusan oleh ujian penghasilan vaksin Covid-19 yang kembali meningkatkan keyakinan dalam pasaran.

Faktor tersebut juga turut memberi kesan penyusutan buat US dolar yang juga menyokong penurunan lebih rendah harga pada carta USD/CAD.

Berdasarkan data ekonomi pula, data jualan runcit pada bulan Mei serta kadar inflasi Kanada pada bulan Jun menunjukkan bacaan angka yang meningkat.

Selepas membuat penurunan pada Isnin lalu, harga kekal berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan 1 jam harga yang memberi petunjuk trend bearish.

Pada dagangan semalam, harga membuat pembetulan harga meningkat ke paras 1.34800 menguji zon SBR (support become resistance) tersebut sebelum penurunan disambung semula sehingga ke sesi New York.

Paras terendah yang dicecah semalam sekitar 1.34000 terus ditembusi harga pada dagangan yang bersambung hari ini.

Harga dijangkakan akan menuju zon support pada 1.33200 yang diuji pada 10 Jun sebelum harga melonjak semula pada hari tersebut.

Pelabur berkemungkinan mampu memperolehi keuntungan sekitar $70 dengan jarak 70 pips lagi penurunan ke paras support tersebut.

Namun, jika harga kembali membuat kenaikan, zon SBR 1.34800 akan diuji semula sebelum kenaikan lebih tinggi diteruskan harga.

Destinasi tumpuan harga seterusnya dilihat akan kembali menuju semula ke zon resistance di atas paras 1.36200.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat